Qiyamullail Bersama Jemaah Surau Al-Amin, Presint 8, Putrajaya

Pagi ini saya bersama-sama jemaah Surau Putra Al-Amin, Presint 8, Putrajaya, berqiyamullail dan solat Subuh berjemaah.
Alhamdulillah turut bersama-sama jemaah, Saudara Faizal Ismail, penyampai Radio Zayan, Saudara Ali XPDC, Saudara Zack Kool, Saudara Anas Tahir penyampai Radio Zayan dan lain-lain lagi.
Saya turut bersama-sama mendengar Kuliah Subuh yang disampai pendakwah muda, Daie Izzhar.
Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada Pengerusi Surau, Tuan Haji Zakaria Othman, semua jawatankuasa dan seluruh jemaah.
Pengurusan surau ini antara surau contoh yang aktif dalam pengimarahan. Tahniah saya ucapkan.

Selamat Datang, Welcome