Terhibur saya pagi ini berkesempatan melihat keletah anak-anak kecil melalui pengalaman berkhatan sempena program Sunathon Rahmah bertempat di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya diutamakan buat anak-anak asnaf.
Setiap kita ketika alam kanak-kanak dahulu, pasti akan mengingati pengalaman manis masing-masing ketika berkhatan.
Semuanya pasti ada cerita tersendiri.
Tahniah kepada penganjur Poliklinik An-Nur, Perbadanan Putrajaya bersama Komuniti Madani dan Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya atas usaha yang amat baik ini.