Program Santuni Komuniti Madani di Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan

Saya telah merasmikan Program Santuni Komuniti Madani di Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan.
Dalam program ini beberapa pengisian program telah diadakan di Kampung Telekong antaranya Program Motivasi Murid, Forum Hal Ehwal Islam Perdana sempena Maulidur Rasul, Jualan Rahmah Madani dan Jamuan Kenduri Rakyat.
Program ini dianjurkan bertujuan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dan agensi Kerajaan untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan.
Di peringkat nasional, YAB Perdana Menteri juga telah memberikan komitmen dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarat melalui inisiatif-inisiatif baharu seperti Program Kampung Angkat Madani dan Santuni Madani.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga menyampaikan bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi keperluan asas untuk kegunaan harian kepada 500 orang Ketua Isi Rumah Mukim Telekong yang telah terpilih ini disumbangkan oleh Yayasan Taqwa dan rakan sinergi Pertubuhan PEKERTI.
Yayasan Taqwa juga menyampaikan sumbangan pembangunan masjid berjumlah RM 50 ribu dan Tabung Haji menyumbang sebuah van jenazah berjumlah RM 180 ribu untuk tujuan kegunaan di mukim ini.
Adalah menjadi harapan saya dan kita semua agar seluruh masyarakat kita terus memakmurkan masjid serta memperkukuh silaturrahim dalam masyarakat.

Selamat Datang, Welcome