Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani

Tugas agensi Islam adalah untuk membimbing dan menyeru semua pihak ke arah kebaikan. Ini tugas dakwah kita semua.
Itu antara kandungan ucapan saya semasa menyempurnakan Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor.
Program ini dianjurkan oleh JAKIM bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Ihtimam Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 19 hingga 21 Julai 2024.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 90 orang peserta yang telah berjaya menghadiri program ini dengan jayanya.
Program memberikan pengisian bermanfaat ke arah penghayatan agama Islam dan membina modal insan. Dengan bekalan ilmu semoga seluruh peserta akan diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran mendatang. Agensi hal ehwal Islam akan terus memberikan sokongan kepada mereka semua.
Saya ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia kerana turut hadir memberikan sokongan kepada peserta.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO – NGO Komuniti Hijrah, antaranya seperti Pertubuhan Usrah Fitrah Klang, Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS), Pertubuhan Hijrah Republique, Pertubuhan Nur Muaqobah, PKEMAS, Pertubuhan Cahaya Mentari, Pertubuhan One Khalifah dan semua pihak yang menjayakan program ini.
Kita semua mesti bersinergi untuk membawa agenda murni ini. Ini adalah tekad kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selamat Datang, Welcome