Program Konvoi Sejiwa Madani

Sekitar Program Konvoi Sejiwa Madani yang melibatkan warga RPS Kemar dan RPS Banun dalam Daerah Gerik, Perak.
ucapan terima kasih kepada semua ketua masyarakat di RPS Kemar dan seluruh warga desa permai ini atas kesudian memberi sokongan penuh bagi memastikan kejayaan Konvoi Sejiwa Madani ini.
Alhamdulillah tahniah dan syabas dirakamkan kepada semua pihak yang menjayakan konvoi ini terutamanya JAKIM dan tidak lupa juga agensi-agensi lain antaranya Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), TV Alhijrah, Yayasan Al-Khalifah serta lain-lain pihak yang menjayakan program ini.
Konvoi Sejiwa Madani telah menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 1,034 ketua isi rumah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar dan 697 ketua isi rumah di RPS Banun hasil sumbangan Yayasan Taqwa serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Konvoi ini juga telah menyerahkan, bantuan keceriaan surau kepada sembilan (9) buah surau di RPS Kemar dan RPS Banun serta dana untuk pembinaan boring air bagi kegunaan Surau KOA Akei, RPS Kemar.
Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat terbaik untuk seluruh warga RPS Kemar dan RPS Banun. Insya-Allah.
Inilah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Terima kasih setingginya kepada YBrs. Dr. Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang mewakili saya menyempurnakan program lapangan ini.

Selamat Datang, Welcome