Program Komuniti Madani Sarawak 2024

Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan ke Sekolah Kebangsaan Salak yang terletak di Kampung Pulau Salak, Kuching, Sarawak.
Perjalanan ke kampung tersebut perlu menaiki bot dari Jeti Kampung Semariang Batu dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit
Sampai sahaja di sana saya bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni guru-guru, anak murid dan penduduk kampung serta menyampaikan bantuan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Polis Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia kerana membawa saya kesana. Terima kasih juga kepada mereka yang menjayakan program hari ini. Moga Allah membalasnya dengan limpah kurnia.

Selamat Datang, Welcome