Program Jom Ke Sekolah 2025

Pendidikan adalah aspek sangat penting kepada anak-anak sebagai generasi Al-Falah agar mereka menjadi manusia yang berjaya pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, Kerajaan Madani pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara berteraskan nilai-nilai madani yang menjunjung tinggi nilai ilmu dan pendidikan.
Oleh kerana itu hari ini saya menyerahkan komputer riba kepada mahasiswa universiti dan sumbangan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bantuan komputer riba ini saya sampaikan kepada 400 mahasiswa dari 11 IPT terpilih di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.35 juta.
Saya juga menyampaikan sumbangan bagi Program Jom Ke Sekolah 2025 dengan jumlah keseluruhan RM4.2 juta yang akan memberi manfaat kepada 14,000 murid sekolah rendah dan 10,000 murid sekolah menengah.

Selamat Datang, Welcome