Petang tadi saya berkesempatan ke Pra Pelancaran Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-64 yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Ini merupakan komitmen kerajaan Malaysia Madani dalam menghidupkan biah Al-Quran dikalangan rakyat Malaysia.
Tahniah Jakim dan semua rakan strategik yang menganjurkan acara tahunan ini. Moga apa yang kita laksanakan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.




