Pra-Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama di Kementerian Perpaduan Negara

Sekitar Pra-Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama di Kementerian Perpaduan Negara.
Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama dengan YB. Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Mesyuarat petang ini turut dihadiri YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bersama YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM.
Pertemuan petang ini lebih menumpukan kepada penyelarasan persiapan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Harmoni yang akan bersidang pada 8 Ogos 2024 nanti.
Usaha untuk mengekalkan keharmonian negara dalam konteks kepelbagaian antara agama, kaum dan bangsa adalah tanggungjawab semua pihak. Semoga dengan keharmonian yang dinikmati bersama akan memperteguh keamanan negara.

Selamat Datang, Welcome