Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb di Istana Negara.
Sesungguhnya pertemuan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama tokoh ulama’ dunia Sheikh Al-Azhar amat bermakna serta mencerminkan keprihatinan yang amat tinggi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada urusan pentadbiran agama Islam.
Patik berdoa agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terus diberikan kesihatan berpanjangan serta dirahmati Allah Subhanahu Wataala.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Tuanku.