Pertemuan bersama warga Bahagian Undang-Undang JAKIM

Hari ini saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama warga Bahagian Undang-Undang JAKIM. Pertemuan pagi tadi diketuai YBhg Datin Ustazah Norliah Sajuri.
Bahagian Undang-Undang JAKIM antara tonggak yang sentiasa dirujuk oleh saya bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam isu-isu perundangan.
Komitmen serta dedikasi yang diberikan Puan Roslina Shafawi dan para pegawai juga kakitangannya begitu hebat sekali.
Saya mengadakan pertemuan pagi tadi untuk mendengar taklimat semasa berkaitan isu semasa pentadbiran hal ehwal Islam.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kekal fokus untuk memperkukuh hal ehwal pentadbiran Islam termasuk dalam aspek perundangan dan kehakiman syariah.

Selamat Datang, Welcome