Berkesempatan bertemu Tuan Yang Terutama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Koutoub Moustapha Sano, Setiausaha Agung Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) di pejabat beliau bagi membincangkan beberapa perkara.
Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik dan usai perbincangan kami dibawa melawat sekitar pejabatnya.
Moga Prof. Emeritus Dato’ Dr. Koutoub Moustapha Sano sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalankan amanah sebaik mungkin.
Saya juga berdoa agar hubungan baik Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak IIFA akan bertambah erat demi manfaat kepada agama, negara, dan ummah.