Pertemuan penuh barakah!
Usai mesyuarat pasca kabinet saya berkesempatan bertemu dengan ulama terkemuka, Syeikh Sayyid Syaltut Al-Azhari Al-Hasani di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Pertemuan ini membincangkan pelbagai isu keilmuan dan kerjasama dalam memperkukuh syiar Islam di tanah air.
Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada ummah.


