Saya telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Muslim World League, H.Ε. Sheikh Dr Mohammed bin Abdul Karim Al-Issa di Ibu Pejabat Muslim World League, cawangan Pakistan.
Dalam pertemuan ini membincangkan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Muslim World League untuk memartabatkan syiar Islam.
InsyaAllah, sekali lagi Kuala Lumpur dipilih oleh Muslim World League untuk menjadi tuan rumah bagi International Conference of Religious Leaders and the Conference of Asian Religious Scholars.