Petang ini saya mengambil peluang bertemu Prof. Dr. Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
Saya sekali lagi bagi pihak Kerajaan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Ali Muhyiddin Al-Qaradhagi atas segala ilmu yang dicurahkan kepada umat Islam di Malaysia.
Atas ketokohan dan keilmuan, Prof. Dr. Ali Muhyiddin Al-Qaradhagi telah dinobat sebagai Penerima Anugerah Токоh Ma’al Hijrah Antarabangsa Sempena Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H /2024M.
Semoga Prof. Dr. Ali Muhyiddin Al-Qaradhagi pada masa akan datang terus berkunjung ke Malaysia untuk berkongsi kepakaran dan ilmu beliau.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.