Setelah menyantuni para petugas dan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mula berlepas pulang, saya terus ke KLIA, berlepas ke Singapura untuk mewakili Kerajaan menghadiri International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024.
Setibanya di lapangan terbang Changi, saya dijemput oleh TYT Datuk Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura untuk bertemu TYT Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua (Kesihatan) dan Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam, Republik Singapura serta YBhg. Tuan Kadir Maideen, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Saya berkeyakinan bahawa Persidangan ICCOS 2024 ini bukan sahaja menyediakan platform untuk berkongsi idea dan pengalaman, tetapi juga membuka ruang untuk membina jaringan kerjasama yang kukuh antara pelbagai komuniti dan individu dari pelbagai negara.
Selain itu, Persidangan ini juga adalah usaha ke arah keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum.
Ia sudah tentu akan membawa kebaikan kepada negara.