Pagi ini juga saya mengadakan pertemuan bersama Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pentadbir Media Sosial Agensi-Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pasukan komunikasi strategik amat penting untuk mempromosikan dasar serta program Kerajaan Madani khususnya di JPM (Hal Ehwal Agama).
Saya melahirkan rasa penghargaan kepada semua pasukan komunikasi strategik dan pentadbir media sosial agensi atas kesungguhan dan komitmen mereka.
Tentunya tahun 2025 ini memerlukan kerjasama kukuh serta budaya kerja proaktif untuk memastikan penghayatan agama Islam dan kesatuan umat Islam berteraskan agenda Membangun Malaysia Madani.
Kita jadikan media sosial sebagai medan dakwah.