Pagi tadi saya bertemu Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar (BKHL) JAKIM, Puan Intan Syahrina bt Zainal Abidin bersama para pegawai dan kakitangan Bahagian BKHL JAKIM.
Bahagian ini menjadi tonggak kepada acara-acara rasmi Kerajaan termasuk Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas dengan dedikasi mereka semua dalam menjayakan majlis tersebut.
Saya mengetahui akan kesungguhan mereka untuk memberikan yang terbaik untuk agama, negara dan ummah.
Segala maklum balas dan pandangan berkaitan acara kita ambil sebagai input untuk penambahbaikan pada acara akan datang.
Maklum balas yang diberikan oleh masyarakat sangat dihargai.
Segala sokongan dan dokongan yang diberikan memberikan kekuatan semangat kepada seluruh pasukan untuk meningkatkan kualiti majlis.