Persidangan Mudara’ Tahfiz Kebangsaan 2024

Pagi ini saya menghadiri Persidangan Mudara’ Tahfiz Kebangsaan 2024 yang sungguh bermakna hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan.
Amat berbesar hati dapat menyantuni para mudara’, pengasas, dan guru-guru madrasah tahfiz dari seluruh negara; termasuk para pimpinan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia anggota- anggotanya dari badan-badan gabungan negeri.
JPM (Hal Ehwal Agama) sentiasa meletakkan agenda memartabatkan pendidikan tahfiz. Sebagai contoh, JAKIM memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memastikan pendidikan tahfiz di negara ini terus diperkasakan.
Saya menyeru pengurusan institusi tahfiz membuat peracangan rapi agar para pelajar dapat memantapkan hafazan al-Quran secara berterusan dan istiqamah, serta berakhlak dengan akhlak Islam, di samping penguasaan bidang-bidang ilmu yang lain.
Semua institusi tahfiz juga diseru agar sentiasa merujuk dan menjalinkan hubungan baik bersama pihak berkuasa agama Islam Negeri seperti Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri. Perkara ini penting agar institusi tahfiz tidak ketinggalan dengan arus perdana serta perkembangan maklumat semasa.
Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pengurusan institusi tahfiz sentiasa menjaga aspek tatakelola. Apatah lagi berkaitan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan, ia mestilah diurus dengan cekap dan berintegriti.
Selamat maju jaya kepada semua.

Selamat Datang, Welcome