Dalam Persidangan Fatwa Antarabangsa semalam, saya telah berkongsi tentang amalan dan proses kefatwaan di Malaysia.
Dalam pada masa sama, saya turut berkongsi proses pewartaan keputusan fatwa agat mempunyai kesan perundangan. Ini adalah antara keunikan sistem pengurusan fatwa negeri-negeri di Malaysia.
Fatwa berperanan penting dalam menghadapi pelbagai cabaran sama ada dalam bidang akidah, ibadah, kemasyarakatan, kepenggunaan, kesihatan dan lain-lain.
Dalam konteks Malaysia yang memiliki pelbagai etnik dan budaya, fatwa membantu menyelaraskan prinsip-prinsip yang berasaskan hukum Islam.
Fatwa perlulah berjalan seiring dengan peredaran masa melalui proses kajian yang komprehensif.
Untuk memastikan keberkesanan dan relevansi institusi fatwa dalam konteks semasa, terdapat beberapa cadangan pemerkasaan yang boleh dipertimbangkan:
1) Kredibiliti dan autoriti institusi fatwa perlu diperkukuhkan dari segi keilmuan dan metodologi.
2) Institusi fatwa harus mengamalkan ketelusan dalam proses pengeluaran fatwa, termasuklah melibatkan dialog dengan pakar-pakar bidang yang relevan dan masyarakat umum.
3) Institusi fatwa boleh memanfaatkan platform digital untuk menyampaikan fatwa dengan lebih berkesan dan cepat kepada umat Islam di seluruh dunia.
4) Kolaborasi antara institusi fatwa dari pelbagai negara dan pemikiran Islam perlu diperkukuhkan. Ini akan membantu memastikan konsistensi dalam pendekatan terhadap isu-isu global.