Perjumpaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara

Sekitar perjumpaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara.
Alhamdulillah, majlis perjumpaan berlangsung dengan penuh harmoni. Ia turut disertai oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Pencerahan dan penjelasan telah diberikan tentang fungsi dan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kementerian-Kementerian dan agensi Kerajaan bermula sejak tahun 1980-an lagi.
Penempatan pegawai JAKIM telah diluluskan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan fungsi-fungsinya dari aspek tadbir urus, pembangunan insan dan sebagainya.
Semua pihak mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan negara terus aman dan harmoni ke arah membangun Malaysia Madani.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak MCCBCHST atas perbincangan yang bermakna dan saling hormat menghormati.

Selamat Datang, Welcome