Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri

Bersama YAB Perdana Menteri pagi ini dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyebut berkaitan pengiktirafan catatan ekonomi dan pengukuhan ringgit terbaik dalam 14 tahun ini. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana sektor perkhidmatan awam yang banyak membantu prestasi Kerajaan.
YAB Perdana Menteri juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, atas khidmat beliau dalam perkhidmatan awam. Menurut YAB Perdana Menteri, perjumpaan pagi ini bersama warga JPM adalah acara perhimpunan rasmi terakhir Ketua Setiausaha Negara bersama warga JPM.
Saya juga secara peribadi mendoakan agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat YBhg Tan Sri Mohd Zuki dan sentiasa berada dalam rahmat Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome