Perasmian Surau Al-Marjan, SMK Batu Muda, Kuala Lumpur

Selepas program di Chow Kit saya terus ke SMK Batu Muda, Kuala Lumpur untuk merasmikan Surau Al-Marjan yang telah selesai pembinaan pada Disember 2023. Surau ini mengambil masa 2 tahun untuk dibina dan merupakan hasil kutipan wakaf tunai khas. Surau ini bakal memberi manfaat kepada 1446 pelajar dan guru-guru.
Ini merupakan salah satu daripada 6 projek wakaf MAIWP yang telah berjaya dibangunkan. Jadi saya hendak menyeru kepada semua jom bersama kita bangunkan wakaf di Malaysia agar kita dapat membantu lebih ramai orang di luar sana. Sambil membantu sambil dapat pahala.

Selamat Datang, Welcome