Petang ini saya telah menyempurnakan Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS.
Setinggi-tinggi tahniah ingin saya sampaikan kepada pihak Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang telah berjaya menubuhkan cawangan baru bagi Pusat Hemodialisis ini. Ucapan tahniah kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang telah memberikan sokongan penuh dalam merealisasikan penubuhan pusat ini.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu para asnaf serta pihak-pihak yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan.
Inilah peranan seluruh agensi di bawah MAIWP untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Hari ini kita menyaksikan pembukaan cawangan kelima yang meliputi tiga cawangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu cawangan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan satu cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tentunya Ini adalah satu bukti komitmen Kerajaan Madani untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat dan mudah diakses oleh masyarakat setempat.
Dengan peruntukan hampir RM 600,000 sebulan, MAIWP telah menunjukkan komitmen yang besar dalam memastikan rawatan berkualiti dapat diberikan tanpa mengira latar belakang kewangan pesakit.
Selain itu, kos Skim Bantuan Perubatan – Bantuan Dialisis oleh MAIWP bagi setiap pesakit adalah seperti berikut:
a) Setiap kali rawatan: RM280.00 (termasuk ubatan).
b) Anggaran kos sebulan: RM3,750.00 per pesakit (termasuk perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik setiap kali rawatan serta kudapan semasa rawatan).
Ini adalah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP untuk para asnaf.