Alhamdulillah saya baru sahaja merasmikan platform Koha Islamic Digital. Hari ini dalam mendepani arus perdana, pihak Koha Islamic Digital telah menyediakan platform digital atas talian untuk mana-mana orang Islam yang berhajat membuat pengurusan harta pusaka seperti wasiat, hibah dan harta sepencarian.
Sepantas kurang dari 30 minit, seseorang pengguna itu boleh menghasilkan pewarisan harta pusaka melalui wasiat atau hibah.
Moga dengan inisiatif ini dapat mendidik masyarakat untuk menguruskan harta pusaka dengan lebih efisien.
Terima kasih kepada YBhg. Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun, Pengerusi Koha Islamic Digital atas undangan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong inisiatif semua pihak untuk menyebarkan kefahaman akan kepentingan menguruskan harta pusaka, wasiat dan seumpamanya dengan sebaiknya.