Penyerahan lima buah rumah baharu Program Sinar Lestari YAPEIM Negeri Kelantan

Hari ini saya bagi pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau YAPEIM telah membuat serahan lima buah rumah yang dibina baharu kepada lima keluarga asnaf di Kelantan melibatkan peruntukan berjumlah RM400,000.
Usaha ini turut dilakukan dengan kerjasama strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Ianya sebahagian inisiatif Program Sinar Lestari YAPEIM Negeri Kelantan yang telah memberi manfaat kepada 5 keluarga.
Kesemua penerima manfaat menerima bantuan bina baharu kediaman berjumlah RM80,000 seorang.
Projek ini mula dibina pada 7 Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada 5 Ogos 2024 dan secara rasmi saya hari ini menyerahkannya kepada kelima-lima penerima manfaat.
Saya juga menyampaikan bantuan tambahan iaitu pakej sokongan kelestarian perniagaan berjumlah RM3,000 seorang bagi membantu penerima manfaat memperoleh pendapatan tambahan.
Saya doakan menerusi bantuan bina baharu kediaman ini dapat memberi keceriaan dan keselesaan kepada keluarga asnaf yang terpilih, insya-Allah.

Selamat Datang, Welcome