Penyampaian bantuan RM262,000 naik taraf Ma’had Abdullah Al-Ariffin Litahfizil Quran (Maal Quran)

Saya dalam rangka lawatan kerja di Kedah & Perlis dan destinasi pertama ialah Ma’had Abdullah Al-Ariffin Litahfizil Quran (Maal Quran).
Alhamdulillah saya bersama YBhg Tuan Haji Mohd Fadzil, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM serta YBhg Tuan Haji Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa disambut oleh YBhg Dato’ Dr Haji Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) serta YBhg Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar, Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK.
Maal Quran ini dilanda musibah pada April 2024 apabila sebahagian asrama pelajar terbakar. Dengan kerjasama serta ukhuwwah yang erat antara agensi agama persekutuan dan agensi agama negeri, saya meluluskan bantuan berjumlah RM262,000 untuk selenggara naik taraf asrama yang musnah terbakar april tahun ini.
Melalui agensi agama di bawah saya, YaPEIM menyampaikan sumbangan tunai RM200 kepada semua pelajar untuk membantu mereka membuat persiapan dalam pelajaran. Yayasan Taqwa pula menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi membeli peralatan komputer untuk kegunaan perpustakaan.
Saya berharap dengan bantuan yang disampaikan dapat membantu Maal Quran melahirkan generasi huffaz kerana merekalah pelapis dalam membentuk Malaysia Madani.

Selamat Datang, Welcome