Saya dimaklumkan pada petang 22 Ogos 2024 ada berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan yang lebat dan kejadian tersebut amat hampir dengan kawasan perumahan. Demi keselamatan pihak Bomba mengarahkan 14 buah rumah dikosongkan. 12 buah rumah berpenghuni manakala dua buah rumah lagi tidak berpenghuni.
Satu Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Serbaguna Taman Bunga Raya, Setapak, Kuala Lumpur yang tidak jauh dari lokasi kejadian. Saya bersama Datuk Mohd Nizam yang merupakan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyampaikan bantuan berjumlah RM1,000.00 kepada setiap keluarga. Moga dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terkesan akibat tanah runtuh ini.