Pentas Akhir Daie Muda YADIM 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya

Semalam saya menghadiri Pentas Akhir Daie Muda YADIM 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
Malam tadi telah membariskan 7 orang anak muda peserta akhir yang hebat semuanya. Mereka telah membuat persembahan penuh berfakta, interaktif dan menyentuh qalbu.
Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka yang telah digilap bakat masing-masing oleh YADIM. Alhamdulillah, musim ini seramai 31 orang peserta telah terpilih memasuki Akademi Daie Muda YADIM yang berlangsung di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat.
Tahniah diucapkan kepada DMY Fateh yang telah dinobat pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM.
Inilah komitmen saya di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui YADIM untuk terus memperkasa anak-anak muda khususnya belia dakwah.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada semua peserta atas kejayaan ini.
Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada para ibu bapa dan ahli keluarga yang telah memberikan keizinan dan pelepasan kepada para peserta ini untuk dididik dan ditarbiyyah oleh YADIM.
Saya juga dalam acara tadi telah melancarkan Program Dakwah Negara yang akan berlangsung sepanjang bulan Ogos dan September ini. Kita akan terus mengimarahkan program-program dakwah.

Selamat Datang, Welcome