Selepas mendengar serta menghayati pembentangan resolusi yang berjaya dicapai hasil persidangan Forum Serantau YAPEIM 2024 selama dua hari, bagi pihak Kerajaan Malaysia saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pembentang dan ahli panel kerana telah menyumbangkan idea inklusif dan inisiatif segar yang tentunya akan diambil tindakan termasuk kajian serta perincian susulan.
Semoga dengan resolusi ini umat Islam dapat membina sistem kewangan yang memenuhi keperluan mereka dalam pada masa sama ia mematuhi nilai-nilai Islam.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada YAPEIM (Official) yang telah berjaya melaksanakan forum yang amat bermanfaat ini. Ini adalah usaha berterusan YAPEIM dalam membina sebuah Badan Pembangunan Sosial atau (“Social Development Enterprise”) yang merangkumi aspek-aspek pembangunan ekonomi Islam, pendidikan dan pembangunan sosial, serta menjadikannya sebuah pusat kecemerlangan dan rujukan di peringkat nasional mahupun global dalam pembangunan ekonomi Islam.