Alhamdulillah, pagi tadi saya telah membentangkan bacaan kali pertama 3 Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang berkenaan ialah :
1) RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024
2) RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024
3) RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024
Usaha memperkukuh pentadbiran hal ehwal Islam adalah menjadi keutamaan saya dan seluruh pasukan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).