Pelancaran Kempen Kebersihan Masya’ir bertempat di Hotel Land Premium, Mekah

Saya telah melancarkan Kempen Kebersihan Masya’ir bertempat di Hotel Land Premium, Mekah.
Dalam petikan hadith yang direkodkan Imam Tirmizi, Baginda SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ..
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan..
Semoga jemaah Haji Malaysia, kita semua memberikan teladan yang mulia khususnya apabila menunaikan ibadat haji nanti.
Semoga keindahan Islam akan terserlah dengan akhlak umat Islam. Saya percaya, para jemaah akan memberikan kerjasama penuh dengan penuh bersemangat yang tinggi.
Tahniah saya ucapkan kepada pengurusan Tabung Haji dan jemaah Haji Malaysia.

Selamat Datang, Welcome