Muzakarah Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia ke-17

Saya bertemu Ahli-Ahli Muzakarah Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia yang bermuzakarah untuk kali ke-17.
Muzakarah kali ini yang dipengerusikan tokoh perbankan Islam terkemuka, Prof Dr. Ashraf Md Hashim, mengemukakan 2 isu utama iaitu Isu Pengurusan Dana Awam Oleh NGO di Malaysia Mengikut Perspektif Syarak dan juga isu kajian Transaksi Pelaburan Emas.
Saya mengharapkan agar isu-isu ini dapat dibincangkan secara tuntas melalui Muzakarah ini.
Semoga dengan usaha gigih ini, sebarang perkembangan produk muamalat semasa yang di luar skop Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dapat diteliti, dikaji dan diselarikan dengan hukum fiqh muamalat. Ini penting dalam memelihara maqasid syariah terutamanya menjaga harta supaya bebas daripada spekulasi, penindasan dan penipuan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa berganding dengan pihak Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, dan para cendekiawan syariah untuk memberikan garis panduan kepada masyarakat khususnya dalam bidang muamalat Islam.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.
Tahniah saya ucapkan kepada YBrs Dr Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bersama Bahagian Penyelidikan JAKIM selaku sekretariat. Tidak dilupakan penghargaan kepada semua rakan strategik Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, AIBIM, ISRA dan ASAS atas segala usaha yang dicurahkan.

Selamat Datang, Welcome