Alhamdulillah pagi tadi saya menemani YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri ke Masjid Wilayah Persekutuan bagi program Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa & Palestin.
Dalam ucapannya PM berkata “Barat mahu mulakan naratif 7 oktober, kita mulakan dengan pembentukan negara haram Israel 1948. Jadi dalam pidato dan ucapan kita harus ingat pemusnahan masjid itu berlaku pada tahun 1948 berterusan tanpa henti. 1969 pencerobohan langsung ke Masjid Al-Aqsa, dan kini pemusnahan berterusan, genosid, pembantaian hidup, memusnahkan bangunan, manusia, anak-anak dan wanita. Kita harus berusaha, berikhtiar sedaya upaya kita bukan sahaja membetulkan naratif ini tapi memberi kesedaran yang meluas kepada masyarakat”.
Begitulah ketegasan serta kesungguhan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim membela serta mempertahan rakyat Palestin.
Moga dengan penganjuran muktamar ini dapat memantapkan lagi institusi masjid dalam menyebar luas dakwah dan naratif yang betul mengenai Palestin.