Minggu Terbuka Akademik 2024 Universiti Malaysia

Pagi ini saya menyantuni warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam program Minggu Terbuka Akademik 2024.
Saya menyampaikan beberapa nasihat kepada para mahasiswa.
1) perlu belajar bersungguh-sungguh sehingga menguasai asas disiplin bidang pengajian masing-masing
2) perlu rajin ke perpustakaan untuk membaca kitab-kitab dan khazanah ilmu.
3) pastikan boleh membaca kitab teras berbahasa Arab dalam disiplin pengajian. Pada masa sama menguasai bahasa Arab.
4) memperkukuh ilmu softskills seperti Bahasa Inggeris komunikasi, kemahiran pengurusan, pengucapan awam, pengurusan stress dan sebagainya.
5) perlu mengimarah masjid dan surau. Masjid dan surau menjadi pusat orang muda.
6) sentiasa menonjolkan akhlak Islam dan berdakwah melalui media sosial masing-masing.
Saya berpesan agar semua pelajar memanfaatkan peluang pengajian di Universiti Malaya sebuah universiti terkemuka dunia untuk membina kualiti diri sebelum berkhidmat kepada masyarakat.
Dalam majlis ini, pihak Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah menyampaikan dana wakalah PPZ kepada Surau Al-Jamiah, Akademi Pengajian Islam sebanyak RM20,000.00.
Inilah peranan agensi hal ehwal agama turun membantu pihak-pihak yang memerlukan khususnya untuk keperluan para pelajar.
Semoga anak-anak pelajar menjadi ilmuan profesional satu masa nanti.

Selamat Datang, Welcome