Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-72

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas limpah perkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-72.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi juga menghadiri Mesyuarat MKI yang menjadi platform kepada usaha-usaha penyelarasan isu-isu serta pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.
Semoga segala daya usaha untuk memperkukuh serta memartabat kedudukan serta penghayatan Islam di negara ini akan mendapat keberkatan jua petunjuk hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome