Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang dipengerusikan bersama oleh saya dan juga YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Mesyuarat ini sangat penting bagi saya kerana melalui mesyuarat ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dapat berganding bahu dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam menetapkan keutamaan, strategi dan inisiatif yang sesuai bagi mendepani pelbagai isu dan cabaran perpaduan.
Moga dengan usaha ini dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni dalam negara dalam menuju Malaysia MADANI.