Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul SAW Tahun 1447 Hijri.
Pelaksanaan kedua-dua acara ini adalah untuk menyemarakkan penghayatan Islam, malah ia sebagai tanda syiar Islam sentiasa mekar di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tentunya saya meminta semua Jawatankuasa mengambilkira post-mortem pada acara tahun lalu dan ditambahbaik dengan pembaharuan yang segar dan menarik.
Semua agensi telah bergabung untuk menjayakan majlis penting ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan perancangan yang dirancang ini.