Berkesempatan menziarahi saudara Shah Jaihan dan anak saudaranya Mohd Sufi yang keduanya diuji dengan strok. Shah Jaihan berumur 49 tahun, mempunyai isteri dan 5 anak berumur dari 15 tahun hingga 25 tahun.
Mohd Sufi pula berumur 35 tahun dan merupakan anak tunggal. Kedua ibu bapanya telah meninggal dunia.
Saya telah menyampaikan sumbangan dari Yayasan Taqwa dan juga sumbangan peribadi untuk meringankan beban mereka. Saya doakan moga Allah berikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat mereka berdua.