Menziarahi anak-anak yatim dan asnaf di Rumah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh di AU3, Keramat

Semalam, saya turun padang menziarahi anak-anak yatim dan asnaf di Rumah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh di AU3, Keramat.
Di rumah ini, seramai 47 orang anak-anak yang sedang mendapat perlindungan di rumah ini.
Dalam segala upaya yang ada, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus membantu mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan sahsiah.
Dato’ Haji Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan pasukan beliau turut bersama-sama dengan saya semalam.
Kepada anak-anak ini, saya berpesan kepada mereka supaya belajar bersungguh-sungguh, semoga dengan pelajaran mereka akan meneroka kejayaan. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak ini.
 

Selamat Datang, Welcome