Menziarahi adik Atiqullah dan En. Salleh Mamat di Kg. Sabak

Mempunyai sedikit masa antara dua program maka saya manfaatkan untuk menziarahi 2 beranak yang merupakan penduduk Kg. Sabak yang diuji dengan ujian kesihatan.
Atiqullah Salleh terlibat dalam kemalangan motosikal pada tahun 2011 dan telah menyebabkan sebahagian tempurung kepala terpaksa dibuang. Kini Atiqullah berstatus OKU dan tidak dapat menguruskan dirinya sendiri dan dia bergantung sepenuhnya kepada pemakanan susu kotak.
Manakala ayahnya Salleh Mamat diserang stroke pada 2018 ketika ingin solat jumaat. Selain dari stroke, ayahnya juga menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, prostat, darah tinggi.
Saya meluluskan sumbangan RM10,000.00 di bawah peruntukan Yayasan Taqwa bagi membantu dua beranak ini. Moga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan dua beranak ini. Saya doakan agar mereka berdua diberi keafiatan.

Selamat Datang, Welcome