Saya turun menyantuni para pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.
Adalah menjadi agenda utama saya di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperkukuh dan memperkasa institusi hal ehwal Islam termasuk Jabatan Kehakiman Syariah.
Saya percaya dengan kerjasama padu pihak berkuasa agama Islam negeri dan semua pihak ianya akan menjadi kenyataan.
Saya telah berpesan kepada seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis untuk terus bekerja dengan penuh dedikasi.
Kita semua adalah duta yang akan menyerlahkan keindahan Islam dengan budaya kerja yang efisien dan profesional.
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua.