Malam ini sebelum ke Dewan Merdeka, WTC, saya menyantuni para penerbit dan petugas Penyiaran JAKIM yang membuat tugasan siaran langsung Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa di saluran TV dan Radio RTM.
Saya amat memahami pengorbanan mereka berjauhan dengan isteri, suami dan anak-anak semata-mata mahu memberikan yang terbaik kepada negara.
Mereka semua adalah barisan hadapan yang membawa nama negara di persada dalam penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan.
Saya turut menyampaikan sedikit juadah burger kepada 100 petugas Penyiaran JAKIM dan RTM. Burger istimewa ini saya tempah khas dari Saudara Khairul, seorang asnaf yang berniaga burger di PPR Semarak.
Terima kasih warga Penyiaran JAKIM dan RTM yang berkorban demi agama, negara dan ummah. Semoga Allah mencatatkan ia sebagai amalan soleh.