Menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Baru

Selesai ziarah ke rumah asnaf, saya dan rombongan ketua agensi menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Baru.
Fokus kami di kawasan gerai makan, di sana saya menyampaikan goodie bag kepada sesiapa sahaja yang saya temui.
Sambil berjalan dan menyantuni masyarakat sambil itu saya terkenang memori sewaktu saya membesar di sini.
Subhanallah terasa pantas waktu berlalu, kini Kampung Baru pesat membangun dan mengumpulkan pelbagai latar masyarakat.
Semangat perpaduan seperti inilah yang kita perlukan.

Selamat Datang, Welcome