Menyantuni Encik Mohamad Khairul Azman bin Jamaludin di PPR Kg Baru Air Panas, Kuala Lumpur

Saya bergerak bersama MAIWP menyantuni Encik Mohamad Khairul Azman bin Jamaludin di kediaman PPR Kg Baru Air Panas, Kuala Lumpur.
Beliau berniaga burger manakala isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga anak-anak yang masih kecil.
Dahulunya keluarga ini menyewa bilik di sebuah flat Seksyen 10, Wangsa Maju bersama seorang kawan.
Beliau akan membayar duit sewa bilik kepada kawan beliau setiap bulan dengan kadar RM400 sebulan.
Malangnya kawan tersebut telah menipu, tidak membayar sewa rumah tersebut kepada tuan pemilik rumah berkenaan, mengakibatkan keluarga ini dan kawannya dihalau keluar dari rumah tersebut.
Selepas itu, keluarga ini mula menetap di sebuah pondok yang mana lokasi yang sama Encik Khairul Azman berniaga burger.
Skuad Jejak Asnaf MAIWP menerima aduan daripada komuniti setempat dan Skuad terus menemui keluarga ini di lokasi yang dinyatakan.
Apabila rumah sewa berjaya ditemui dan keluarga ini terus dipindahkan masuk ke kediaman yang baru.
PPZ-MAIWP telah membantu menyediakan kelengkapan asas rumah dengan menggunakan zakat wakalah.
Keluarga ini telah dibantu oleh MAIWP dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan keperluan asasi, bantuan sewa rumah bulanan yang keseluruhannya secara bulanan berjumlah RM1,700.00
Semoga keluarga ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome