Menyantuni asnaf Encik Jamal bin Sulaiman di PPR Beringin, Kuala Lumpur

Pagi ini saya turun menyantuni asnaf Encik Jamal bin Sulaiman di kediaman beliau di PPR Beringin, Kuala Lumpur.
Encik Jamal adalah ketua keluarga menanggung isteri dan seorang orang anak berusia 10 tahun. Beliau tidak dapat bekerja kerana diuji dengan masalah kesihatan kronik.
Manakala, isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga Encik Jamal dan menguruskan anak yang bersekolah.
MAIWP telah menghulurkan bantuan zakat berupa bantuan kewangan bulanan, bantuan keperluan asasi, bantuan perubatan am, bantuan susu khas, bantuan peralatan kesihatan berupa kerusi roda, bantuan peralatan persekolahan uuntuk anak beliau yang keseluruhan secara bulanan berjumlah RM2,052.40.
MAIWP akan terus membantu golongan asnaf di Kuala Lumpur. Ini adalah amanah yang diberikan kepada MAIWP untuk mengagihkan wang zakat umat Islam.
Ini semangat yang diajar oleh agama Islam untuk saling bantu membantu mereka yamg memerlukan di kalangan asnaf.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar Encik Jamal seisi keluarga dipermudahkan segala urusan.

Selamat Datang, Welcome