Menyambut ketibaan Sheikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia

Semalam, saya menyambut ketibaan Sheikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang telah membuat lawatan rasmi atas undangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Lawatan rasmi ke Malaysia berlangsung hingga 12 Julai 2024.
Bersyukur ke hadrat Allah kerana negara Malaysia sentiasa dikunjungi tokoh ulama’ dunia. Semoga Allah merahmati dan memberkati Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin bahawa lawatan rasmi ini akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara.

Selamat Datang, Welcome