Menyambut ketibaan jemaah haji penerbangan terakhir 1445H yang tiba di KLIA

Saya menyambut ketibaan jemaah haji penerbangan terakhir yang tiba di KLIA pada jam 11.20 malam tadi. Ini menandakan operasi haji bagi Musim Haji 1445H/2024M secara rasminya telah berakhir.
Seramai 270 jemaah haji penerbangan terakhir berlepas dari Madinah menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8389).
Alhamdulillah kebanyakan mereka berada dalam keadaan sihat. Tahniah saya ucapkan kepada semua jemaah haji dan moga mendapat haji yang mabrur.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan TH, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Malaysia Airports Holdings Berhad dan semua pihak yang menjayakan operasi haji kali ini.
InsyaAllah kita jumpa di operasi haji tahun hadapan pula.

Selamat Datang, Welcome