Menyambut ketibaan delegasi awal negara Mesir

Semalam, saya bersama TYT Ragai Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir di Malaysia telah menyambut ketibaan delegasi awal negara Mesir sempena Lawatan Rasmi Sheikh Al-Azhar ke Malaysia.
Delegasi tersebut terdiri daripada H.E Abdel Rahman Mohamed Musa, Penasihat Sheikh al-Azhar (Hal Ehwal Luar Negara); al-Ustaz Ahmed Abdel Hadi Izzuddin, Ketua Pengarah Protokol Pejabat Sheikh al-Azhar; Tuan Wajdan Omar Ibrahem Musa, Ketua Pengawal Sheikh al-Azhar; dan Dr. Ahmed Barokat Ahmed Musa, Pengarah Pusat Media al-Azhar.
Turut hadir dalam sambutan semalam iaitu YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia bersama jawatankuasa.
Semoga segala urusan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Selamat Datang, Welcome