Selepas selesai Mesyuarat Jemaah Menteri, saya mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk solat jumaat.
Sebelum itu saya berkesempatan menyantuni pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kok Lanas. Alhamdulillah seronok melihat anak-anak ini dididik supaya mendekatkan diri ke rumah Allah. Saya doakan anak-anak ini agar berjaya dalam kehidupan masing-masing dan menjadi generasi rabbani yang mengangkat Islam dalam membangunkan Malaysia Madani.